Bisik Bisik Gelora Raya - Telefilem Raya

 Telefilem Drama Bisik Bisik Gelora Raya - Raya Pertama


Drama popular kegemaran ramai ‘Bisik-Bisik Gelora’ yang memenangi Anugerah Drama Popular Dramasangat 2023 kini kembali dengan supertelemovie ‘Bisik-Bisik Gelora Raya'. Drama yang dibintangi oleh Pemenang Pelakon Popular Dramasangat 2023 – Redza Rosli ini akan kembali bergandingan dengan Raysha Rizrose yang sudah memulakan penggambaran.

Nantikan drama atau telefilem baharu dari Bisik bisik gelora raya pertama nanti yang akan disiarkan di tv3 dan aplikasi tonton (yang mana terlepas tengok)

Bisik-Bisik Gelora Raya

Waktu Siaran: Raya Pertama, Sabtu, 22 April 2023, 10:00 malam
Rangkaian: TV3 / tonton
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Pelakon: Redza Rosli, Raysha Rizrose, Nabil Aqil, Ruminah Sidek, Dzul Hadziq

Sinopsis Bisik-bisik Gelora Raya

Jad Izuddin tidak dapat menerima hakikat bahawa Banin Arumi meminta dirinya 'dilepaskan' daripada ikatan perkahwinan yang dibina selama lebih 10 tahun. Dia berusaha untuk memujuk dan mengambil hati Arumi semula. Namun adakah Bani Arumi akan terima Jad Izuddin kembali? Adakah panas baran Jad masih ada dalam dirinya?

Nantikan raya ini akan disiarkan!

Terbaru Lebih lama