Drama Risik Pada Hati Full Episod 28 Akhir Full Episode
Episod 28 : Adam terserempak dengan Aisya. Akan tetapi dia berlalu begitu sahaja. Sampai di ofis Khai terus menegur. Bukan main lagi dia cemburukan Aisya dengan bosnya.
Aisya balik ke rumah ibu dan bapa mertuanya. Disebabkan ayah menghubungi Aisya, Aisya tergerak hati untuk pulang bertemu dengan Umar.
Adam keluar rumah. Dan Hayfa menghubungi Aisya untuk datang ke rumah. Di rumah, Hayfa menyerahkan cek untuk Aisya meninggalkan Adam. Adam terdengar dari luar rumah dan terus melulu masuk.
Adam bertanya kepada Hayfa. Betulkah apa yang Hayfa maksudkan.
Hayfa menjawab ia. Hayfa mengatakan dia dah penat untuk korbankan cinta dia untuk Adam dan Aisya. Hayfa memaksa Adam untuk menceraikannya. Akan tetapi dihalang oleh Aisya.
Aisya tidak mahu menunggu di rumah tersebut. Semakin lama, semakin kacau jadinya dan dia ingin berlalu, tetapi dihalang oleh Adam.
Disebabkan Hayfa memaksa. Adam menjatuhkan talak satu untuk Hayfa.
Berakhirkah hubungan Hayfa dan Adam.....esok episod akhir...Nantikan saat-saat manis mereka.Kerana besar cintanya, dia rela mengorbankan separuh daripada jiwanya untuk Adam. Demi Adam, dia sanggup lakukan apa saja. Itu bukti cinta seorang Hayfa pada Adam.
"Kenapa uji cinta abang macam ni?" - Adam
"Syfa tak uji cinta abang. yfa cuma nak kesempurnaan dalam cinta kita." - Hayfa
"Saya tak tahu kenapa saya setuju bila Kak Hayfa pujuk. Saya tak patut setuju. Kan?" - Aisya
Namun, bermakna pengorbanan yang dibuat akan sempurnakan cinta mereka? Atau pengorbanan itu hanya membuat bahagia mereka semakin goyah?
Layanan Adam yang berubahkah? Atau keikhlasan Hayfa yang semakin hilang? Ataupun Aisya yang mula belajar berprasangka? Walau apa pun puncanya, bahagia mereka perlahan-lahan menjauh.
Mampukah mereka sama-sama menggapai bahagia itu semula? Atau hanya perpisahan yang akan membuat penamat sebuah perhubungan?