Bisik-bisik Gelora Full Episod
Saksikan drama adaptasi daripada novel 'Bisik-bisik Gelora' karya Fauziah Ashari akan di tayangkan dalam slot akasia Tv3 yang akan di gantikan drama 7 Hari Mencintaiku 3 yang akan berakhir tidak lama lagi. Drama Bisik-bisik Gelora akan bermula atau di tayangkan pada 21 Mei 2022. Drama menyamai episod 7 hari mencintaiku 3 iaitu 35 episod keseluruhannya dan di arahkan oleh Riza Baharudin. Pelakon utama drama ini ialah Redza Rosli dan Raysha Rizrose gandingan mantap. Saksikan episod penuh di Tv3 dan iqyi. Nantikan episod penuh akan di kemaskini.
Episod Penuh Sini : LINK
Bisik-bisik Gelora
Jumlah Episod : 35 episod
Tarikh Di Siarkan : 21 Mei 2022
Masa : Isnin - ahad jam 7 malam
Rangkaian : Tv3 Malaysia
Pelakon : Redza Rosli, Raysha Rizroe, Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi, Ruminah Sidek, Afifah Nasir, Kodi Rasheed, Shakilla Khoriri, Edika Yusof, Damia Qaissarah dan ramai lagi terutama pelakon tambahan.
Sinopsis Bisik-bisik Gelora
Jad, seorang pemuda kampung yang lurus bendul dan bertemu dengan Arumi. Arumi pula seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda. Mereka terperangkap berkhalwat dan terpaksa berkahwin. Selepas perkahwinan mereka pada malam tersebut, Jad ditangkap dan dipenjarakan.Selepas Jad ditangkap Arumi pula melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa hakikatnya bahawa dia masih isteri yang sah pada Jad. Selepas Jad dibebaskan dari penjara, dia telah dikaburi dengan dendam.
Nama penuh arumi ialah Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal. Bapanya, Tuan Akalil menghantar Arumi ke kampung agar Arumi (anaknya) itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada bandar.
Di kampung halamanya, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin iaitu Jad, seorang pemuda yang alim atau berimam di hadapan keluarga namun hakikaknya nakal di belakang keluarga mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu semula sedangkan mereka berdua telah berkahwin dan menjadi suami isteri.
Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita bahawa yang kedua ibubapanya menemui ajal atau meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula membenci kepada Jad kerana menganggapnya punca semua malapetaka ini berlaku kepada dirinya itu.
Takdir Allah yang menguji mereka, pada hari yang sama itu, suaminya yang baru dinikahinya iaitu Jad telah ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apa yang akan terjadi kepada Arumi?? Bagaimana pula dengan Jad? Adakah mereka akan bersatu semula.
Jangan lupa saksikan drama ini yang akan muncul di kaca tv tidak lama lagi.